Wednesday, November 4, 2020

10 CARA TERBAIK MENJAGA GEAR AUTOMATIK

Sistem transmisi atau kotak gear atau “gearbox” ialah komponen kedua paling mahal dan paling sibuk selepas enjin. Ia juga sangat kompleks dan mempunyai banyak komponen yang sentiasa berpusing.

Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang dijual ialah yang menggunakan transmisi automatik. Mungkin kerana harga minyak kita yang masih murah kerana di Eropah di mana harga minyak boleh mencecah sehingga RM7.00 seliter, transmisi manual menjadi pilihan kerana ia menjimatkan penggunaan bahan bakar. Apapun, pilihan di tangan pengguna dan lebih 80 peratus kenderaan persendirian yang dijual di Malaysia ialah kenderaan dengan transmisi automatik.

1.Pastikan kenderaan dalam keadaan berhenti sepenuhnya sebelum anda mengubah gear dari D ke R (gear undur). Ramai pemandu yang kurang sabar dalam bab ini sebenarnya.

2.Bila meletakkan kenderaan di jalanraya curam, gunakan handbrake dahulu sebelum masukkan gear ke P. Ini mengurangkan beban pada komponen seperti pin pada posisi P dan penyambungnya.

3.Letakkan transmisi ke N (neutral) bila berhenti lama di lampu merah. Ia mengurangkan beban kepada komponen-komponen berpusing seperti torque converter dan lain-lain.

4.Jangan selalu melanggar tebing jalan (road kerb) bila meletakkan kenderaan anda. Ia juga sedikit sebanyak memberikan beban yang tidak perlu pada sistem transmisi dan juga tayar anda.

5.Untuk transmisi automatik dengan tukaran gear manual (plus/minus), jangan selalu memaksa gear untuk turun ke nisbah lebih rendah ketika turun bukit atau ketika mahu memperlahankan kenderaan. Ia bukan sahja teknik yang salah, ia bakal merosakan kotak gear automatik anda. Gunakan brek untuk memperlahankan kereta dan selepas itu, turun pada gear yang sesuai.

6.Selalu periksa tahap pelincir transmisi (ATF atau automatic transmission fluid). Lakukan setiap 5,000 km atau tiga bulan sekali. Tanpa pelincir yang cukup, kotak gear akan rosak dengan sangat mudah. Jika pelincir kurang atau disyakki bocor, jangan pandu kenderaan anda. Panggil penunda (tow truck) dan tunda ke bengkel atau pusat servis kereta. Biar rugi RM150 (upah menunda) dari rugi berbelas-belas ribu RM (harga transmisi automatik boleh mencecah puluhan ribu Ringgit sebenarnya).

7.Haba ialah musuh utama transmisi automatik. Selain dari pelincir ATF yang mencukupi, pastikan sistem itu sesuai dengan cuaca di neagra kita yang panas dan lembab ini. Sekiranya kereta anda jenis reconditioned (recond), periksa samada ia boleh dipasang dengan ATF cooler. Jika boleh dan jika mampu, pasang kerana ia akan membantu anda memanjangkan hayat kotak gear tersebut.

8.Selalu ganti penapis sistem transmisi anda. Periksa dengan buku manual atau dengan pusat servis. Tidak salah jika anda menukarnya lebih awal.

9.Gunakan pelincir terbaik seperti sintetik untuk sistem transmisi automatik anda. Ia ialah satu pelaburan yang berbaloi.

10.Sekiranya anda terlekat di dalam lumpur, jangan cuba untuk maju dan undurkan kenderaan dengan ganas. Tunggu sebelum anda tukar ke gear undur, dan rehat sebentar sebelum masuk ke D semula. Ini ialah satu petua yang selalu dilupakan, terutama kepada kenderaan 4X4 automatik yang mempunyai tork yang sangat tinggi. Hasilnya, terpaksa menggantikan transmisi automatik yang rosak akibat keganasan sendiri.


KENALI PUNCA KERETA ANDA KURANG PICK UP


SETIAP kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan hanya diberi kepada masalah pada enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya.

Biasanya, kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

Harus diingat, ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor atau tersumbat dan saat penyalaan terlalu lambat.

Kerosakan Pada Saluran Minyak

KEROSAKAN pada saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan karburator iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan kembali. Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus (sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

Penapis Udara Tersumbat

KEMUDIAN anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera. Ada dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu dilakukan dengan cermat.

Sekiranya penapis udara itu sudah lama digunakan, langkah terbaik adalah menukarnya kepada penapis baru supaya pengedaran udara dalam enjin lebih lancar.

Selain itu, pembaikan kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat kemasukan petrol yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan pada paip petrol serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat penyalaan turut menjadi punca kepada masalah itu.

Penyalaan Enjin Tidak Tepat

PENGGUNA kereta harus sedar dan sentiasa mengambil tahu apabila berhadapan dengan masalah prestasi pecutan kereta tidak memuaskan. Minta bantuan mekanik untuk memeriksa sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat atau tersumbat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, bila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap puncanya dan pembaikan kecemasan boleh dilakukan, sama ada melakukan memeriksa sendiri (jika tahu) atau memanggil mekanik.

Periksa sama ada penyalaan enjin kereta sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis penutup arus.

Sistem Penyaluran Petrol

PERIKSA sama ada sistem penyaluran petrol dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran. Periksa juga sama ada injap udara (choke) berada dalam keadaan tertutup.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas. Periksa juga adakah cekam rosak atau brek bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

TIPS KENALI ASAP EKZOS KERETA ANDA

 


KEBIASAANNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator. Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat. Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap kereta anda berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna telah berlaku kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak. Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya. Asap hitam kerana karburator rosak.

Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak. Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih. Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan ia mengeluarkan bau tertentu.

TANDA-TANDA AIRCOND KERETA ROSAK

 

Post ini akan membantu anda mengenal komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.

Komponen tersebut seperti berikut:-

1.Compressor

Pada kompressor terdapat magnet clutch yang bertidak melekat dengan pulley pada kompessor setelah suis aircond bertindak dan seterusnya mengakibatkan aliran gas dimampatkan untuk mendapatkan udara sejuk aircond.Tanda -tanda kerosakan pada Kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan.Bila terdapat tanda seperti ini periksa dgn meraba sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.Jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi ,kompressor tersebut juga mengalami kerosakan bering.Jika apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar.

2.Cooling Coil

Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi.Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil  boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas.Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil.Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau  melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.

3.Valve aircond

Injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil.Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk.Jika tanda seperti ini ketara sekali,hantarkan kereta anda ke mekanik untuk servis aircond.

4.Aircond fan

Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta.komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk samasekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa.Gantikan kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat dengan perlahan.

5.Condenser

Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser.Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser.Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas,pada atas dan bawah kereta,jika terlalu panas kondenser anda rosak samasekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.

6.Suis aircond

Suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah relay yang biasanya  berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil.Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi.Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam keadaan baik.Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.

7.Gas aircond

Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga.Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian.HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok,ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.

Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda.Periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu.Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.

TIPS ISI MINYAK YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Ramai di antara kita yang hanya tahu bayar duit minyak di kaunter dan terus pam minyak. Tekan high and lock dan seterusnya tengok keadaan sekeliling. Bila siap isi terus start engine. Bila minyak cepat habis mula la pening kepala salahkan stesen minyak tu tak bagus, kereta ada masalah, beli fuel saver macam-macam brand

Terdapat bermacam cara menjimatkan minyak dan sebenarnya CARA ANDA MENGISI minyak juga memainkan peranan dalam menjimatkan minyak kereta anda.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh di praktikkan dan mampu membantu anda :

1. Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki.

Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.

Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.

2. Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Kerana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.

Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.

3. Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High.

Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.

Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.

4. Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH.

Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong.

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.

5. Peringatan yang terakhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.